AliBaba dan 40 penyamun

4 04 2008

Salam Perjuangan…

Hari ini ana terbaca satu blog dari Roslan SMS(?)..http://n32.blogspot.com/

berkenaan pelawak dan penyamun la..

Rupa-rupanya kita ada ramai pelawak di Malaysia ni…bukan hanya raja lawak astro saja la…Tapi yang ana muskil la kenapa makin ramai penyamun ala-ala Kasim Baba macam dalam cerita P.Ramlee AliBaba n 40 penyamun..Ana perhatikan rupanya negara kita bukan ada 40 puluh penyamun malah lebih dari itu..Satu utk engkau dua untuk aku…dua untuk engkau tiga untuk aku…sampai bila da….mau habis…Akan tetapi kalau kita biar penyamun2 ini akan samun habis harta nenek moyang kita sampai licin..Abok pun tarak..jangan sampai rakyat Selangor ada yang terpaksa makan siput babi..siput sedut tak pa lagi..mentarang ok jugak..sedap jika kena cara masak nya..Sepanjang jalan tuju ke rumah anak Si Toyo banyak org kampung jual..mentarang ni..ana pernah beli 1 kilo la..jadi 2/3 kilo saja..

Ana pun ada gelak juga..waktu anak si Toyo ada cerita dlm itu forum..apa nama..apa nama…tara pa la..tak penting tuh..yang penting dia cerita dia manyak bersih…macam muka dia yang di tampal tempe tu…boleh siasat la.bole itu la..ini la..tara apa..semua org tau siapa dia..Tuhan lagi tau.. Kita tunggu dan lihat saja..satu-satu penyamun di Selangor ini akan kecundang dan akan mula muhasabah diri dan kembali ke fitrah nya..Insaallah…

http://detik.daily.tripod.com/khir.htm





Alif Mim Nun Wau -Alif tendang Wau = sarkis?

4 04 2008

Teringat wak dlm cerita Allahyarham P.Ramlee..Bujang lapok…Dah memang buta huruf maka dikatakan sarkis atau satu sindiran yang tajam buat mereka yang memahami..Ini kerana cerita2 Allahyarham P.ramlee sebenarnya sarat dengan sindiran dan mesej2 yang tersembunyi dan hanya mereka yang ahli saja memahami..Seperti cerita Ali Baba dan 40 Penyamun..Sekarang kita perhatikan berapa ramai Alibaba..?Berapa ramai penyamun..Penyamun macam2..bukan macam dulu la..penyamun tarbus..Habis sapu tak tinggal sikitpun..Hatta harta anak yatim dan fakir miskin pun kena sapu..Ini apa kes..Ana rasa tiba masa buat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bertindak supaya mereka2 yang tinggal dalam sarkis ini sedar bahwa harta dunia ini hanya sementara dan yang akan kita bawa nanti hanya secebis kain sahaja menutupi tubuh.





BPR…BERTINDAKLAH SEKARANG!!!

4 04 2008

Bahan Baru Untuk BPR: Khir Toyo Langgar Kanun Tanah Negara

Oleh : SO PENCEN

A. SIAPA “kmu”?.

Laman web www.kmu.net.my telah membela mati-matian Khir Toyo dalam kes rasuah dan salah guna kuasa secara terperinci.Siapa “kmu” sebenarnya?.

Adalah diduga bahawa “kmu” adalah Setpol MB Selangor,Dr.Karim (k) Mansur(m) Umno(u).Tiada mana-mana pegawai yang mampu menerangkan begitu terperinci proses pemberian tanah dan rayuan bayaran premium tanah kepada syarikat-syarikat milik Samsuri Rahmat dll sejak tahun Oktober 1994 hingga Disember 2000.

“kmu” mampu menerangkan bagaimana syarikat yang dituduh tidak mampu membayar premium yang tinggi berjumlah lebih RM 68 juta. Syarikat –syarikat itu telah beberapa kali membuat rayuan dan memohon pengurangan premium dan mendapat kelulusan pada 22 Disember 2000.Maklumat terperinci ini hanya boleh diperolehi daripada bekas exco sejak zaman Mat Taib atau orang yang paling rapat dengan MB sekarang.

Kesimpulannya adalah bahawa “kmu” mestinyalah orang yang paling rapat dengan MB,Khir Toyo ia itu Dr.Karim Mansur,Umno.

B. “kmu” TELAH MENULIS:

1. Syarikat-syarikat Layar Kekal (LK),Tirai Gemilang (TG),Samasys (S) dan Usahasewa (U) Sdn. Bhd telah ditawarkan tanah berjumlah 400 ekar pada 18 Oktober dan 14 November 1994.(Mesyuarat Exco pada 14 dab 21 September 1994).

2. Syarikat-syarikat berkenaan mesti membayar premium tanah sebanyak lebih RM 68.2 juta kepada Pentadbir Tanah.

3. Syarikat-syarikat berkenaan telah gagal membayar premium sehinggalah tamat tempoh yang dibenarkan .

4. Beberapa kali membuat rayuan untuk mengurangkan jumlah bayaran premium.

5. Lebih 7 tahun membuat rayuan mengurangkan premium.(Dari Sept 1994 hingga Dis.2000).

6. Pada 22 Disember 2000 adalah tarikh meluluskan pengurangan bayaran premium tanah.

7. Tanah seluas 400 ekar telah dijual kepada U Wood Bhd. walaupun syarikat- syarikat yang mendapat tawaran asal tidak membayar premium yang telah tamat tempoh bayaran.

8. U Wood Bhd adalah milik Dato’ Rozali Ismail,taukeh Puncak Niaga Bhd.

9. Disember 2000 , Khir Toyo baru sahaja memegang jawatan MB Selangor selama 4 bulan.

C. KANUN TANAH NEGARA 1965

1. Seksyen 81: Butiran hasil tanah yang kena bayar apabila kelulusan diberi.

(1) Jumlah wang berikut hendaklah merupakan hutang kepada pihak berkuasa Negeri pada masa ia meluluskan pemberimilikan mana-mana tanah Dibawah Akta ini –

(2) ……. Dalam notis atas Borang 5A,menghendaki tuan punya yang dicadangkan membayar jumlah wang itu kepada nya (Pentadbir Tanah) dalam tempuh yang ditentukan mengenainya dalam notis itu;dan jika apa apa jumlah wang sedemikian tidak dibayar dalam masa yang ditentukan itu,kelulusan Pihak Berkuasa Negeri untuk pemberimilikan itu hendaklah dengan itu luput.

2. Seksyen 82. Kuasa untuk menghendaki pembayaran deposit.

(2) Apabila menerima apa-apa permohonan yang kepadanya mana-mana arahan sedemikian itu dipakai,Pentadbir Tanah hendaklah,dengan notis atas Borang 5A menghendaki pemohon mendepositkan jumlah wang yang tersebut dengannya dalam masa yang ditentukan mengenainya dalam notis itu: dan jika jumlah wang yang dituntut itu tidak dideposit kan dalam masa yang ditentukan itu,permohonan itu hendaklah dengan itu disifatkan sebagai telah ditarik balik.

3. Dalam “Surat Pekeliling “ yang ditampal-tampal dikedai-kedai yang dikeluarkan oleh PTS bertajuk “ Kerajaan Prihatin” menyatakan:-

1. Rayuan pengurangan premium tanah hanya diberikan dalam masa 3 hingga 6 bulan dari tarikh Borang 5A dikeluarkan.

2. Tempuh masa melunaskan bayaran premium paling lama 2 tahun.

4. Rayuan pengurangan premium hanya boleh dibuat sebanayk 2 kali sahaja.

D. SALAH GUNA KUASA DAN “ RASUAH”OLEH PEJABAT MB/EXCO SELANGOR.

Berdasarkan kepada “Kanun Tanah Negara 1965 “ dan Pekeliling Kerajaan Prihatin,maka:

1. Mengapa Kerajaan Khir Toyo meluluskan pengurangan premium pada 22 Disember 2000 kepada syarikta-syarikat berkenaan setelah tamat tempoh selama 6 bulan?.( Tawaran pemilikan tanah pada Oktober 1994 dan lulus pengurangan bayaran premium Disember 2000 ,telah melebihi 7 tahun).

2. Siapakah yang memohon mendapatkan pengurangan premium?. Apakah syarikat –syarikat asal yang mendapat tanah atau U Wood Bhd ?.Syarikat-syarikat LK,Tg,S dan U tidak layak memohon sebab tempoh masa melunaskan bayaran premium telah tamat(melebihi 2 tahun). U Wood Bhd juga tidak layak memohon dan diberikan kelulusan sebab U Wood adalah syarikat besar dan tersenarai dibursa saham KL.

3. Berapa kalikah syarikat-syarikat berkenaan memohon pengurangan premium dalam masa lebih dari 7 tahun?.Mengikut pekeliling pejabat tanah,rayuan pengurangan premium paling bayak 2 kali.

4. Berapakah jumlah premium telah dikurangkan oleh MB Selangor : Jumlah asal adalah melebihi RM 68.2 juta? (Berdasarkan kepada surat PKNS kepada Khir Toyo bagi tanah yang diminta oleh Khir Toyo di Bangi,maka tidak mustahil jumlah premium tanah di Bukit Cherakah telah dikurangkan melebihi 50 %).

5. Dari September 1994 hingga Disember 2000 telah melalui 3 orang MB, bermula dengan Mat Taib ,Abu Hasan dan termasuk Khir Toyo sendiri.Mengapa bekas MB, Mat Taib dan Abu Hasan tidak berani meluluskan pengurangan premium,tetapi Khir Toyo yang baru sahaja memegang jawatan MB Selangor 4 bulan sudah rakus meluluskan permohonan tersebut?.

6. Mengapa Pejabat MB/PTS meluluskan penjualan dan pemindahan hak milik tanah dari syarikat-syarikat asal yang memohon tanah kepada U Wood Bhd walaupun syarikat-syarikat berkenaan tidak membayar premium dan telah tamat tempuh tawaran membayaran premium.

7. Mengikut syeksen 81 dan 82 Kanun Tanah Negara dan pekeliling PTS bahawa mana-mana tanah yang telah ditawarkan kepada pemohon dan tidak melunaskan bayaran premium dalam masa 2 tahun dengan sendirinya permohonan itu luput. Tetapi mengapa syarikat-syarikat berkenaan diberikan kelonggaran sehingga boleh merayu hingga 7 tahun dan dilayani begitu istimewa oleh Khir Toyo?.

8. Rozali Ismail,taukeh U Wood Bhd adalah juga merupakan taukeh Puncak Niaga Bhd yang banyak memberikan bantuan /sponsor terhadap Umno khususnya Umno Selangor dan Tg.Karang dan lebih khusus kepada Khir Toyo.

9. Mengapa Khir Toyo sendiri tidak mematuhi garis panduan pekeliling yang dikeluarkan oleh PTS,Kerajaan Prihatin tetapi ia lebih banyak memberikan prihatinnya kepada U Wood Bhd.?.

10. Mengapa semua pengarah-pengarah asal keluar daripada menjadi pengarah kepada syarikat-syarikat pada tarikh , sama ada pada 3 September 1999 atau 6 Oktober 1999?.

11. Berapakah imbuhan yang diterima oleh pengarah-pengarah kerana bersedia keluar daripada menjadi pengarah secara serentak?.

a). Syarikat Usahasewa S.B:Pengarah: Fazli Hisahak dan M.Rushdi bin M.Ramli diganti dengan Samsuri Rahmat dan Amran A.Bakar pada 3 September 1999.

b). Tirai Gemilang- Mohad Khay Ibrahim dan M Iszhar Ibrahim diganti oleh Samsuri Rahmat dan Amran A.Bakar pada 3 Sept.1999.

c). Layar Kekal – Samsi Pakih dan Shaari Ismail diganti oleh Samsuri Rahmat,Bahari Atan dan Rahmat Jamari pada 6 Okt.1999.

d). Samasys- Jariah bt Embor dan Azman Iskandar diganti oleh Samsuri Rahmat,Bahari Atan dan Rahmat Jamhari pada 6 Okt.1999.

12. Apakah Samsuri Rahmat,Bahari Atan,Rahmat Jamhari dan Amran A.Bakar merupakan jutawan-jutawan yang berkemampuan membeli saham syarikat U Wood Bhd dan dilantik menjadi pengarah-pengarah?.

Contoh Borang 5A

Kanun Tanah Negara
BORANG 5A
(Seksyen 81 dan 82)
NOTIS GENAP MASA HASIL TANAH DIBAYAR

Bil.Permohonana Tanah ……………………

Kepada………………………………………………………………………………………

yang beralamat di ………………………………………………………………………….

Tuan/Puan adalah dengan ini dekehendaki dalam tempuh ………………………..

Dari tarikh notis ini disampaikan supaya *membayar/memasukkan dalam deposit di Pejabat tanah daerah ini wang-wang yang berikut _

Cukai bagi tahun yang pertama … … … $

Premium … … … … … … $

Bayaran Ukur (tidak termasuk Tanda Sempadan) … $

Tanda Sempadan … … … … … $

Penyediaan dan pendaftaran suratan hakmilik tetap … $

Jumlah … $

Adalah diberi notis bahawa jika jumlah wang tersebut diatas tidak *dibayar/dimasukkan dalam deposit dengan sepenuhnya dalam tempuh yang dinyatakan itu,maka menurut kuasa peruntukan-peruntukan seksyen *81/82,Kanun Tanah Negara-

*kelulusan atas permohonan tuan/puan akan luput.

*permohonan tuan/puan akan disifatkan sebagai telah ditarik balik.

Bertarikh pada ………….. haribulan …………………,19….

Pejabat Tanah ………..
Daerah………………..

Adalah diharapkan pihak BPR dapat menyiasat perkara-perkara ini.

Dari:
SO Pencen





Ali Baba dan 40Penyamun

4 04 2008

Berapa aset Khir Toyo?

Sabtu lepas saya menghadari majlis Jamuan Rakyat anjran PKR bahagian Kelana Jaya bagi mengucap terima kasih kepada para petugas parti dan pengundi yang telah memberikan kemenangan besar kepada PKR di Parlimen Kelana Jaya dan DUN Seri Setia termasuklah DUN Subang Jaya yang dimenangi calon DAP Puan Hannah Yeoh.

Majlis di hadiri oleh pimpinan kanan PKR bahagian diketuai Tuan Syed Shahir (Presiden MTUC) selaku Ketua Bahagian. Turut hadir dan diraikan adalah YB-YB baru, Sdr Loh Gwo Burne, Sdr Nik Nazmi dan Puan Hannah sendiri. Tetamu undangan khas adalah YB Sdr Azmin Ali, Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Gombak, ADUN Bukit Antarabangsa.

Saya berpuas hati dan berbangga bahawa PAS yang telah wujud hampir 20 tahun di kawasan ini telah menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi kejayaan rakan-rakan kita itu. Ternyata jaringan cawangan-cawangan PAS di seluruh kawasan parlimen ini telah memudahkan rakan-rakan kita menjalankan gerak-kerja sehingga akhirnya berjaya dalam gelombang tsunami 2008 baru-baru ini. PAS kawasan telah meniup semboyan bahawa seluruh ahli dan pimpinan parti perlu bekerja keras seolah-olah PAS yang bertanding di kawasan ini atas semangat setiakawan dan menghormati tahaluf siasi yang dimetrai kedua-dua pihak.

Dalam ucapan saya dimajlis berkenaan saya telah mengulas kenyataan bekas MB dan bekas Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Dr Khir Toyo dalam Malaysiakini baru-baru ini. Beliau mendesak agar MB dan EXCO kerajaan Selangor yang baru ini agar segera mengisytiharkan asset masing-masing untuk pegetahuan umum. Ini berikutan kenyataan MB baru-baru ini bahawa keputusan tentang pengisytiharan itu belum diambil lagi atas sebab-sebab tertentu.

Kata Khir yang paling perlu mengisytiharkannya adalah Tan Sri MB sendiri dan Dato Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor.

Khir memang berhak mendesak dan berbuat demikian, maklumlah beliau pun kini duduk dibangku pembangkang. Cuma bagi saya yang lebih utama kini adalah untuk “outgoing” MB atau MB yang melepaskan jawatan untuk isytiharkan hartanya, kerana beliau telah pegang kuasa sekian lama dan kini meninggalkan kuasa. Harta beliaulah yang perlu diisytiharkan kepada rakyat supaya rakyat dapat memastikan yang tiada yang lebih yang dibawa keluar!

Kalau pun Tan Sri MB dan Dato Hasan punya harta atau liabiliti, kesemuanya adalah hasil dari kerja dan usaha masing-masing, mereka tidak pernah memegang jawatan dalam kerajaan.

Sekurang-kurangnya kerajaan negeri yang baru boleh mempamirkan aset Khir dihari pertama beliau menjadi MB dan kini sudah tidak lagi MB berapa pula jumlah hartanya. Kalau semua OK, rekod Khir cantik secantik wajah barunya, jika tidak biar kita rakyat tuntut agar beliau dipertanggungjawabkan.
posted by Roslan SMS 6:21:00 PM|postCount(‘5307688887799695611′); Comments (15)|