Salam Perjuangan!

22 03 2008

Salam perjuangan…Laman ini wujud kerana terdorong oleh Tsunami Politik yang melanda kini di Malaysia dan atas dasar pertanggungjawaban sebagai rakyat Marhaein yang memerlukan satu anjakan pradigma ke atas satu pengharapan agar MALAYSIA BARU terbina setanding dengan negara yang maju yang lain dimana rakyat menikmati segalanya dibumi yang bertuah ini.Bukannya menjadi peminta sedekah dibumi sendiri,terkontang kanting tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Apapun laman ini hanya memetik atau mengutip mana-mana sumber berunsur perjuangan dari laman-laman blog yang lain tanpa mengubah kandungan dan nama penulis asalnya.Ini adalah bertujuan agar mereka yang melayari laman ini tidak perlu mengagau atau melayari kelain-lain laman sekaligus menjimatkan masa pembaca dan memuaskan hati mereka.Bagaimana pun komen-komen mereka tetap diterima selagi tidak menyentuh hal-hal yang sensitif dan tidak melanggar peraturan dunia siber.

Selamat berjuang atas nama kebenaran,penghapus kebatilan…